Laporkan penipuan
Jika pengkomplot telah meminta anda untuk menghantar wang menggunakan Western Union, sila maklumi kami. Pilih negara anda di bawah dan hubungi talian utama penipuan kami.
Hubungi Talian Utama Penipuan kami untuk
Kami mengikuti trend penipuan dan menggunakan pengetahuan kami untuk membantu orang lain mengatasi penipuan.
Jika anda menerima e-mel yang mencurigakan, majukan e-mel berkenaan kepada kami di spoof@westernunion.com. Sila majukan e-mel seperti sedia ada, JANGAN potong atau tampal kandungan e-mel.
Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk menfailkan tuntutan penipuan atau melaporkan penipuan kepada pihak berkuasa.
Anda telah menjalinkan hubungan baharu pada media sosial, forum dalam talian atau laman web janji temu dan diminta untuk membayar perbelanjaan perjalanan atau kecemasan lain.
Petua:Jangan sekali-kali menghantar wang kepada seseorang yang tidak pernah anda temui.
Apabila anda diminta untuk memberikan bayaran pendahuluan bagi pinjaman, kad kredit, geran, pelaburan atau wang warisan.
Petua:Elakkan daripada membalas mesej daripada penghantar yang tidak dikenali.
Pengkomplot menyiarkan item palsu untuk dijual pada laman web atau pasaran sulit dan meminta pembeli untuk menghantar wang. Jangan mudah terpedaya!
Petua:Buat pembelian pada laman web yang dikenali dan boleh dipercayai.
Apabila anda menerima panggilan daripada saudara yang mengalami situasi kecemasan dan memerlukan anda menghantar wang dengan SEGERA!
Petua: Jangan bertindak tergesa-gesa tetapi berikan respons yang baik. Tanya pelbagai soalan untuk mengesahkan bahawa itu benar-benar ahli keluarga anda dan sahkan kecemasan tersebut dengan ahli keluarga lain.
Apabila seseorang menyamar sebagai rakan, ahli keluarga atau individu yang boleh dipercayai dan memperdayakan anda untuk menghantar wang.
Petua:Jaga keselamatan maklumat peribadi anda dengan rapi.
Pengkomplot mengeksploitasi tempoh singkat sewaan hartanah dengan menyiarkan hartanah pada harga rendah yang tidak munasabah.
Petua: Gunakan laman web sewaan yang diperakui dan jangan hantar wang melalui kaedah yang tidak dipercayai.
Apabila ‘majikan’ menghantar cek untuk ‘perbelanjaan berkaitan kerja’ tetapi mereka meminta anda untuk mengembalikan wang tersebut. Cek tersebut ternyata cek lambung dan anda dipertanggungjawab untuk membayar jumlah keseluruhan.
Petua:Jika anda menerima cek, tunggu sehingga cek dijelaskan sebelum anda menghantar sebarang wang (dana mungkin tersedia lebih awal tetapi cek boleh mengambil masa 10-14 hari untuk dijelaskan)
Ucapan ‘Tahniah! Anda Telah Menang!’ diterima secara tiba-tiba. Pengkomplot suka memanfaatkan impian seseorang melalui loteri dan cabutan bertuah.
Petua: Ketahui cara mengenal pasti loteri dan cabutan bertuah palsu. Pihak pertandingan yang sah akan menghubungi anda secara terus melalui saluran rasmi mereka. Sentiasa sahkan butiran sebelum menghantar sebarang wang!
Jangan terpedaya dengan komplot! Dapatkan petua untuk mengelakkan dan mengatasi pengkomplot. Mari kita ketahui dan berkongsi cara menjadi lebih selamat dan lebih bijak bersama-sama.
Ikuti kami untuk mengetahui maklumat terkini tentang cara terbaharu pengkomplot dalam cubaan mendapatkan wang anda.